#Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Aeriazz. Hampir setahun isu ini masih belum selesai perbagai spekulasi mengenainya makin banyak di gembar gemburkan tapi masih tiada jalan penyelesaian dan penyudahannya.
#Program dokumentari terkenal, National geographic telah mendedahkan beberapa fakta yang mengejutkan mengenai misteri kehilangan pesawat MH370....
#Antara fakta yang didedahkan, pesawat MH370 itu dipercayai telah diterbangkan menuju Antartika secara sengaja...
#Berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan disyaki terbang selama beberapa jam walaupun selepas terputus hubungan dengan radar....
#Selain itu, seorang pakar penerbangan yang disebut dalam slot tersebut menyatakan pesawat malang itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara...
#Pusingan pertama adalah menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika...
#Sementara itu, seorang pakar dalam hal bencana penerbangan, Malcolm Brenner menyatakan pusingan yang dilakukan dipercayai dibuat oleh seseorang yang berada dalam kokpit secara sengaja, lalu membawa MH370 jauh dari laluan asalnya....
#Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan keudara pada hari Ahad, 8 Mac sempena setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu....
#Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara msiteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa terdekat....
#Beliau yang juga bertanggungjawab terhadap operasi mencari menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini....
#Dia memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan....
#Semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga kini....
0 Response to "National geographic dedah misteri kehilangan pesawat MH370"
Post a Comment